Wednesday, 16 February 2011

KATA HUBUNG

            Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan unit-unit tatabahasa iaitu kata, frasa. klausa, dan ayat dalam ayat gabungan serta ayat pancangan.


Kata hubung terbahagi kepada tiga:

1) Kata hubung gabungan, iaitu untuk menggabungkan sepatah kata dengan sepatah kata, atau satu frasa dengan satu frasa, atau satu klausa dengan satu klausa dalam bentuk ayat gabungan.

2) Kata hubung pancangan, iaitu untuk memancangkan satu klausa pada klausa yang lain dala, bentuk ayat pancangan.

3) Kata hubung berpasangan, iaitu yang digunakan secara berpasang-pasang dalam bentuk ayat gabungan.


         Kesalahan umaum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku kerana seseorang itu tidak memahami cara menggunakannya dengan tepat dalam pembinaan ayat.contohnya;


  • Esok dan lusa Husin akan ke Singapura. (salah)
  • Esok atau lusa Husin akan ke Singapura (betul)



        Kata hubung apabila sering ditulis sebagai bila dalam ayat, padahal kata bila itu merupakan kata tanya. Contohnya;


  • Abi Hurairah bimbang bila melihat Usop yang semakin tenat. (salah)
  • Abi Hurairah bimbang apabila melihat Usop yang semakin tenat . (betul)



       Dikatakan bentuk 'ianya' merupakan ciptaan baru untuk merujuk benda,binatang, dan konsep. Awang Sariyan (2005: 246) menyatakan pengguna bahasa seolah-olah terpaksa menggunakan 'ianya' dalam penyusunan ayat mereka walhal kata itu tidak diperlukan sama sekali. Contohnya;


  • Husin memang becita-cita mendapatkan pekerjaan yang lebih baik kerana dia sedar dengan  kelulusan SPM sahaja, ianya tidak akan mengubah hidupnya. (salah)


  • Husin memang becita-cita mendapatkan pekerjaan yang lebih baik kerana dia sedar dengan  kelulusan SPM sahaja, tidak akan mengubah hidupnya. (betul)



      Dalam bahasa Inggeris, ungkapan 'di mana' atau 'where' berfungsi sebagai kata penghubung. Namun demikian, kini sudah ada kecenderungan dalam kalangan penutur bahasa Melayu mengggunakan 'di mana' sebagai penghubung ayat seperti yang berikut:

This is the house where I was born.
Inilah tempat saya dilahirkan.


  • Hal yang berlaku di Kampung Pisang sekarang ini amat meruncingakan di mana penduduk-penduduk sering di ganggu hantu. (salah)
  • Hal yang berlaku di Kampung Pisang sekarang ini amat meruncingakan kerana penduduk-penduduk sering di ganggu hantu. (betul)


     Salah satu unsur bahasa Inggeris yang mempengaruhi bahasa Melayu, tidak kira penutur natif (ibunda) atau penutur bukan natif (bangsa lain), sehinggakan unsur tersebut digunakan secara meluas sama ada dalam pertuturan atau penulisan, meskipun penggunaanya salah dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Unsur tersebut ialah ganti nama 'yang mana' atau 'which' yang sering disalahgunakan dalam bahasa Melayu. Contohnya;

Menolong orang ialah perbuatan yang baik yang mana kita akan mendapat pahala. (salah)
Menolong orang ialah perbuatan yang baik dan kita akan mendapat pahala. (betul)

KATA PEMERI

Kata pemeri ialah kata yang bertugas memeri hal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah.


Kata pemeri ialah boleh ada dihadapan frasa nama. Contohnya


  • Itu adalah kereta nasional. (salah)
  • Itu ialah kereta nasional. (betul)




Kata pemeri adalah boleh hadir dihadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya


  • Hujahnya ialah terlalu umum.(salah)
  • Hujahnya adalah terlalu umum.(betul)




Kata pemeri tidak boleh digunakan di hadapan frasa kerja atau kata kerja. contohnya

Tindakannya adalah menyalahi undang-undang. (salah)
Tindakannya menyalahi undang-undang. (betul)


Kata pemeri tidak boleh digandingkan dengan kata nafi (kata yang digunakan untuk menidakkan sesuatu). Contohnya



  • Bantuan itu adalah bukan untuk semua pelajar.(salah)
  • Bantuan itu bukan untuk semua pelajar.(betul)



Kata pemeri bukanlah satu unsur yang sangat penting dalam pembinaan sesetengah ayat bahasa melayu. Dalam kebanyakan situasi, pembetukan ayat bahasa melayu tetap gramatis tanpa kata pemeri. Namun terdapat sesetengah ayat yang tidak gramatis tanpa kata pemeri. Contohnya


  • Punca utama pencemaran bunyi dan udara di bandar kenderaan lama. (salah)
  • Punca utama pencemaran bunyi dan udara di bandar ialah kenderaan lama. (betul)


KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut ciri maknanya.

1. Kata bilangan yang menunujukkan bilangan tak tentu.Contohnya
    -segala
    -semua
    -para
    -beberapa
    -sekalian
    -seluruh

Contoh ayat.


  • Segala persiapan-persiapan telah dibuat. (salah)
  • Segala persiapan telah dibuat. (betul)


Semua pelajar-pelajar dikehendaki mengikut peraturan. (salah)
Semua pelajar dikehendaki mengikut peraturan. (betul)


2. Kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya beratus- ratus, beribu-ribu, berpuluh-         puluh dan sebagainya


Contoh ayat.


  • Beratus orang telah kehilangan rumah akibat kebakaran itu. (salah)
  • Beratus-ratus orang telah kehilangan rumah akibat kebakaran itu. (betul)


  • Ketiga orang kampung itu lari bertempiaran setelah diganggu hantu. (salah)
  • Ketiga-tiga orang kampung itu lari bertempiaran setelah diganggu hantu. (betul)










KATA SENDI

Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.

antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa melayu ialah :


-di    -bagi    -sejak    -antara    -ke    -demi

-daripada    -seperti    -oleh    -dalam    -pada  

-bagai    -hingga    -kepada    -umpama    -sampai


FUNGSI KATA SENDI.

1. menunjukkan tempat atau arah
    -Dia menuju ke arah masjid.

2. menunjukkan masa
    -Ahmad mengalami kemalangan sewaktu berumur dua tahun ketika bermain basikal di rumahnya.

3. menunjukkan sebab dan akibat
    - Azizi mengalami kemalangan kerana jalan yang licin.

4. menunjukkan perlaku
   - Rumah itu dibakar oleh Usop.

5. Menunjukan mangsa
    - Husin diganggu oleh hantu jirannya ketika berada di rumah.

SENDI NAMA 'DI'.

sendi nama di tidak boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman

Contohnya


  • Pak Abu dan Pak Jabit  bertempur dengan komunis di zaman darurat. (salah)
  • Pak Abu dan Pak Jabit  bertempur dengan komunis pada zaman darurat.


SENDI NAMA 'KE'

sendi nama 'ke' digunakan di hadapan frasa nama atau kata nama yang menunjukkan arah, atau tempat yang dituju dan digunakan juga dihadapan kata nama atau frasa nama yang menunujukkan waktu atau masa. sendi nama ke sebagai kata hadapan juga di eja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang berikutnya. kata sendi nama 'ke' tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.

Contohnya:


  • Berita itu hanya sampai ke pihak polis. (salah)
  • Berita itu hanya sampai kepada pihak polis. (betul)




SENDI NAMA 'DALAM' DAN 'ANTARA'.

Perkataan 'dalam' dan 'antara' yang berfungsi sebagai kata sendi nama dapat juga berfungsi sebagai kata arah. Sebagai kata sendi nama, kedu-dua kata 'dalam' dan 'antara' hadir di hadapan frasa nama atau frasa nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak

Contohnya.


  • Di dalam hal ini, semua orang kampung bersetuju dengan cadangan Usop. (salah)
  • Dalam hal ini, semua orang kampung bersetuju dengan cadangan Usop. (betul)



  • Mereka berbincang di antara penduduk kampung. (salah)
  • Mereka berbincang antara penduduk kampung. (betul)


KATA TANYA

Kata tanya berfungsi untuk membentuk ayat tanya. contoh kata-kata tanya ialah apa, siapa, mana, berapa, bila, bagaimana.

contoh


  • "Kenapa kamu lambat?", tanya cikgu Razman kepada Alia


Walau bagaimanapun kata-kata seperti apa, siapa, mana, berapa, bila, bagaimana dan mengapa tidak seharusnya digunakan untuk membina ayat penyata atau ayat berita, iaitu ayat untuk menerangkan sesuatu.

contoh:


  • Anna menanyakan ketuanya bilakah tugasan perlu dihantar.



YOUTUBE