Wednesday, 16 February 2011

KATA SENDI

Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.

antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa melayu ialah :


-di    -bagi    -sejak    -antara    -ke    -demi

-daripada    -seperti    -oleh    -dalam    -pada  

-bagai    -hingga    -kepada    -umpama    -sampai


FUNGSI KATA SENDI.

1. menunjukkan tempat atau arah
    -Dia menuju ke arah masjid.

2. menunjukkan masa
    -Ahmad mengalami kemalangan sewaktu berumur dua tahun ketika bermain basikal di rumahnya.

3. menunjukkan sebab dan akibat
    - Azizi mengalami kemalangan kerana jalan yang licin.

4. menunjukkan perlaku
   - Rumah itu dibakar oleh Usop.

5. Menunjukan mangsa
    - Husin diganggu oleh hantu jirannya ketika berada di rumah.

SENDI NAMA 'DI'.

sendi nama di tidak boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman

Contohnya


  • Pak Abu dan Pak Jabit  bertempur dengan komunis di zaman darurat. (salah)
  • Pak Abu dan Pak Jabit  bertempur dengan komunis pada zaman darurat.


SENDI NAMA 'KE'

sendi nama 'ke' digunakan di hadapan frasa nama atau kata nama yang menunjukkan arah, atau tempat yang dituju dan digunakan juga dihadapan kata nama atau frasa nama yang menunujukkan waktu atau masa. sendi nama ke sebagai kata hadapan juga di eja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang berikutnya. kata sendi nama 'ke' tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.

Contohnya:


  • Berita itu hanya sampai ke pihak polis. (salah)
  • Berita itu hanya sampai kepada pihak polis. (betul)




SENDI NAMA 'DALAM' DAN 'ANTARA'.

Perkataan 'dalam' dan 'antara' yang berfungsi sebagai kata sendi nama dapat juga berfungsi sebagai kata arah. Sebagai kata sendi nama, kedu-dua kata 'dalam' dan 'antara' hadir di hadapan frasa nama atau frasa nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak

Contohnya.


  • Di dalam hal ini, semua orang kampung bersetuju dengan cadangan Usop. (salah)
  • Dalam hal ini, semua orang kampung bersetuju dengan cadangan Usop. (betul)



  • Mereka berbincang di antara penduduk kampung. (salah)
  • Mereka berbincang antara penduduk kampung. (betul)


No comments:

Post a Comment