Kata hubung terbahagi kepada tiga:
1) Kata hubung gabungan, iaitu untuk menggabungkan sepatah kata dengan sepatah kata, atau satu frasa dengan satu frasa, atau satu klausa dengan satu klausa dalam bentuk ayat gabungan.
2) Kata hubung pancangan, iaitu untuk memancangkan satu klausa pada klausa yang lain dala, bentuk ayat pancangan.
3) Kata hubung berpasangan, iaitu yang digunakan secara berpasang-pasang dalam bentuk ayat gabungan.
Kesalahan umaum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku kerana seseorang itu tidak memahami cara menggunakannya dengan tepat dalam pembinaan ayat.contohnya;
- Esok dan lusa Husin akan ke Singapura. (salah)
- Esok atau lusa Husin akan ke Singapura (betul)
Kata hubung apabila sering ditulis sebagai bila dalam ayat, padahal kata bila itu merupakan kata tanya. Contohnya;
- Abi Hurairah bimbang bila melihat Usop yang semakin tenat. (salah)
- Abi Hurairah bimbang apabila melihat Usop yang semakin tenat . (betul)
Dikatakan bentuk 'ianya' merupakan ciptaan baru untuk merujuk benda,binatang, dan konsep. Awang Sariyan (2005: 246) menyatakan pengguna bahasa seolah-olah terpaksa menggunakan 'ianya' dalam penyusunan ayat mereka walhal kata itu tidak diperlukan sama sekali. Contohnya;
- Husin memang becita-cita mendapatkan pekerjaan yang lebih baik kerana dia sedar dengan kelulusan SPM sahaja, ianya tidak akan mengubah hidupnya. (salah)
- Husin memang becita-cita mendapatkan pekerjaan yang lebih baik kerana dia sedar dengan kelulusan SPM sahaja, tidak akan mengubah hidupnya. (betul)
Dalam bahasa Inggeris, ungkapan 'di mana' atau 'where' berfungsi sebagai kata penghubung. Namun demikian, kini sudah ada kecenderungan dalam kalangan penutur bahasa Melayu mengggunakan 'di mana' sebagai penghubung ayat seperti yang berikut:
This is the house where I was born.
Inilah tempat saya dilahirkan.
- Hal yang berlaku di Kampung Pisang sekarang ini amat meruncingakan di mana penduduk-penduduk sering di ganggu hantu. (salah)
- Hal yang berlaku di Kampung Pisang sekarang ini amat meruncingakan kerana penduduk-penduduk sering di ganggu hantu. (betul)
Salah satu unsur bahasa Inggeris yang mempengaruhi bahasa Melayu, tidak kira penutur natif (ibunda) atau penutur bukan natif (bangsa lain), sehinggakan unsur tersebut digunakan secara meluas sama ada dalam pertuturan atau penulisan, meskipun penggunaanya salah dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Unsur tersebut ialah ganti nama 'yang mana' atau 'which' yang sering disalahgunakan dalam bahasa Melayu. Contohnya;
Menolong orang ialah perbuatan yang baik yang mana kita akan mendapat pahala. (salah)
Menolong orang ialah perbuatan yang baik dan kita akan mendapat pahala. (betul)
No comments:
Post a Comment