Kata pemeri ialah kata yang bertugas memeri hal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah.
Kata pemeri ialah boleh ada dihadapan frasa nama. Contohnya
- Itu adalah kereta nasional. (salah)
- Itu ialah kereta nasional. (betul)
Kata pemeri adalah boleh hadir dihadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya
- Hujahnya ialah terlalu umum.(salah)
- Hujahnya adalah terlalu umum.(betul)
Kata pemeri tidak boleh digunakan di hadapan frasa kerja atau kata kerja. contohnya
Tindakannya adalah menyalahi undang-undang. (salah)
Tindakannya menyalahi undang-undang. (betul)
Kata pemeri tidak boleh digandingkan dengan kata nafi (kata yang digunakan untuk menidakkan sesuatu). Contohnya
- Bantuan itu adalah bukan untuk semua pelajar.(salah)
- Bantuan itu bukan untuk semua pelajar.(betul)
Kata pemeri bukanlah satu unsur yang sangat penting dalam pembinaan sesetengah ayat bahasa melayu. Dalam kebanyakan situasi, pembetukan ayat bahasa melayu tetap gramatis tanpa kata pemeri. Namun terdapat sesetengah ayat yang tidak gramatis tanpa kata pemeri. Contohnya
- Punca utama pencemaran bunyi dan udara di bandar kenderaan lama. (salah)
- Punca utama pencemaran bunyi dan udara di bandar ialah kenderaan lama. (betul)